GAMBAR: Aziz A. Shariff.

Oleh Zainal AS Rashid

BERMULA hari ini (Sabtu 16 Okt) pengembara dan kontak rapat yang dikuarantin wajib hari kelima ke atas dan telah lengkap vaksin Covid-19 boleh menjalani ujian RT-PCR.

Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin ini termasuk mereka yang tidak divaksin atau tidak lengkap vaksinasi COVID-19 dan sedang menjalani kuarantin wajib hari kelapan ke atas.

“Sekiranya keputusan ujian pengesanan COVID-19 individu terbabit negatif, mereka akan diberi Pelepasan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian pada Isnin ini,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu (16 Okt).

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Pengurangan Tempoh Kuarantin Wajib Pengembara dari luar negara serta Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak Rapat  berkuat kuasa 18 Okt0ber ini.

Ini bermakna individu yang lengkap vaksinasi akan menjalani kuarantin tujuh hari, manakala yang tiada atau tidak lengkap vaksinasi COVID-19 perlu dikuarantin selama 10 hari.

Khairy berkata yang terlibat adalah mana-mana warganegara, pemastautin tetap Malaysia, ekspatriat, anggota diplomatik atau mana-mana orang asing lain yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah Imigresen memasuki Malaysia dari luar negara.

Selain itu, ia juga membabitkan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 dan individu di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian oleh pegawai diberi kuasa, contohnya individu yang tiba dari kawasan berisiko tinggi berlaku penularan jangkitan seperti yang diumumkan kerajaan.

Dalam pada itu, Khairy berkata garis panduan sedia ada yang berkaitan masih digunakan dan orang awam diingatkan supaya terus mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Kegagalan mematuhi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian adalah satu  kesalahan menurut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

— BebasNews

Please follow and like us:

Leave a Reply