AZMI MOHD. ALI... Presiden Kriket Kelantan.

TANAH MERAH – Kelantan akan menampilkan pasukan utamanya bersaing dalam liga kriket kebangsaan jika Persatuan Kriket Malaysia (MCA) berupaya menganjurkan semula pertandingan itu musim 2022.

”Kami ada ramai pemain senior untuk saingan antara negeri ini. Siapa kata Kelantan tidak berkemampuan? Tanya Presiden Kriket Kelantan, Datuk Azmi Mohd. Ali.

Sebelum ini pernah dikatakan bahawa Kelantan sukar menyenaraikan barisan senior untuk kejohanan bertaraf kebangsaan anjuran MCA itu.

ZAINUDDIN HARUN… Ketua jurulatih Kelantan.

Azmi berkata, Kelantan pasti mengumumkan senarai pasukannya, itu pun jika MCA dapat menganjurkan semula pertandingan peringkat negeri yang beberapa tahun sebelum itu difahamkan sukar dilaksanakan berikutan pelbagai maslaah.

”Saya telah meminta Setiausaha Kriket Kelantan,Ummi Mariza (Che Ya) agar mengumpulkan semula pemain Kelantan. Kita ada ramai kerana Kelantan melahirkan pasukan juara dalam saingan peringkat usia nasional sebelum ini,” kata Azmi di sini.

Ummi Mariza difahamkan sudah pun menghubungi ketua jurulatih Kelantan, Zainuddin Harun sebagai persediaan negeri itu dalam pertandingan peringkat kebangsaan yang dijangka berlangsung sehingga enam bulan.

FIKRI MAKRAM ROSDI (KANAN)… ketika beraksi untuk pasukan Malaysia.

Kelantan akan membuat persediaan dalam pertandingn format Twenty20 dan 50 over dan ia bukan masalah kerana pada peringkat awal ini, 25 pemain terbaik mengikut pencapaian sudah disenaraikan.

Empat pemain kebangsaan, Fikri Makram Rosdi, Faiz Ahmad Nasir, Che Wan Razlan Zalati dan Wafiq Irfan Zarbani merupakan pilihan utama.

Di samping itu pemain yang telah mewakili pasukan peringkat usia Malaysia seperti Fatah Ibrahim, Fadli Haris A. Rahman, Amiruddin Azahar, Ahmad Zahid Adnan, Nasiruddin Mazlan, Ahmad Tajudin Ismail, Shahriel Aizat Nor Azmi, Mahathir Razali, Faris Aizzat Shaari, Zaim Asnawi Osman, Akmal Ziyad Zainuddin, Nuriskandar Rizal Effandi dan Hakim Harisan juga dalam senarai pasukan itu.

”Mereka sudah bersedia dan pilihan pemain terbaik di bawah budi bicara ketua jurulatih dan anggota panel kejurulatihan.”

FAIZ AHMAD NASIR… antara pemain Kelantan wakili Malaysia.

SENARAI PASUKAN SENIOR KELANTAN: Faiz Ahmad Nasir, Fikri Makram Rosdi, Wafiq Irfan Zarbani, Fatah Ibrahim, Fadli Haris A. Rahman, Nik Abdul Rahman Mohamad, Jazlan Jasmin, Zulfahmie Pergau, Afnan Ghazali, Rizuan Mat Jusoh, Amiruddin Azahar, Ahmad Zahid Adnan, Nasiruddin Mazlan, Che Wan Razlan Zalati, Ahmad Tajudin Ismail, Mahathir Razali, Faris Aizzat Shaari, Zaim Asnawi Osman, Akmal Ziyad Zainuddin, Nuriskandar Rizal Effandi, Rahman Razali, Al-Faqihul Aiman M. Rani, Hakim Harisan, Zul Fadli Ramdzan, Shahriel Aizat Nor Azmi.

BebasNews
Please follow and like us:

Leave a Reply