Players from Indonesia pose with the trophy and their medals after winning the Thomas Cup mens team final against China in Aarhus, Denmark October 17, 2021. (Photo by Claus Fisker / Ritzau Scanpix / AFP) / Denmark OUT

KUALA LUMPUR – Jonatan Christie memastikan Indonesia menamatkan kemarau dua dekad Indonesia selepas menghadiahkan mata kemenangan ketika menewaskan China 3-0 dalam aksi final Piala Thomas.

Kejayaan Indonesia membolehkan pasukan yang paling berjaya dalam sejarah kejohanan itu, melebarkan rekod kejuaraan buat kali ke-14, dengan China kekal kedua dengan 10 kemenangan.

Selepas kali terakhir menjulang trofi itu dengan menewaskan Malaysia 3-2 pada 2002, Indonesia jelas tidak mensia-siakan peluang kali ini selepas gagal pada final 2010 dan 2016.

Perseorangan pertamanya, Anthony Sinisuka Ginting membakar semangat pasukan apabila menewaskan Lu Guang Zu 18-21, 21-14, 21-16.

Percaturan Indonesia menyenaraikan gandingan Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto sebagai beregu pertama dengan merehatkan pasangan nombor satu dunia, Marcus Fernaldi Gideo-Kevin Sanjaya Sukamuljo turut menjadi apabila mereka menewaskan He Ji Ting-Zhou Hao Dong 21-12, 21-19.

Christie kemudian tidak mensia-siakan peluang apabila menundukkan Li Shi Feng yang menduduki ranking ke-65 dunia, 21-14, 18-21, 21-14 untuk mata kemenangan Indonesia.

Sumber: https://www.utusan.com.my/terkini/2021/10/indonesia-muncul-juara-piala-thomas/

Please follow and like us:

Leave a Reply