GAMBAR: NSTP.

Oleh Fetty Rara

KERANA cuba merentas negeri tanpa memenuhi syarat dua dos lengkap vaksin, sepasang suami isteri dikompaun.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa (19 Okt), Ketua Polis daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata mereka ditahan semasa pemeriksaan di Sekatan Jalan Raya (SJR) Inas Jalan Kulai- Kota Tinggi, Johor.

Beliau berkata pasangan itu melakukan perjalanan dari Perak menuju Kulai dan melalui SJR Inas apabila diperiksa.

Polis mengeluarkan notis kompaun RM2,000 setiap seorang di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.”

-BebasNews

Please follow and like us:

Leave a Reply