Oleh Yusoff Ahmad Shariff

SARAWAK terus menyaksikan jumlah kes baharu Covid-19 bawah empat angka tiga hari berturut-turut dengan catatan sebanyak 749 kes pada Selasa (19 Okt).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan hari ini berkata terdapat hanya 13 kes membabitkan jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak 13 kematian baharu dicatatkan dari 9 hingga 18 Oktober melibatkan individu berumur antara 45 dan 91 tahun yang mengalami pelbagai komorbiditi.

Lima kawasan melibatkan rumah panjang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), iaitu dua di Julau dan Sri Aman serta satu di Pakan.

Di daerah Julau ia melibatkan Rumah Unan yang diletakkan di bawah PKPD dari 18 hingga 27 Oktober; Rumah Wong (Julau), Rumah Nurie (Pakan), Rumah Achun serta Rumah Abdul Rahman di Sri Aman, masing-masing di bawah PKPD mulai 19 hingga 28 Okt.

Dua kluster tamat hari ini, iaitu Kluster Kampung Batu Kitang Jaya dan Kampung Dangak di Kuching.

— BebasNews

Please follow and like us:

Leave a Reply