IMEJ representasi.

Oleh Zainal AS Rashid

SAINTIS di serata dunia sedang memantau penularan varian baharu Delta yang semakin menular di United Kingdom.

Pihak berkuasa kesihatan UK berkata satu laporan pada Jumaat mendapati bahawa ia adalah sub-jenis  varian Delta AY.4.2 yang menjangkiti beberapa orang baru-baru ini, lapor businessinsider.com.

Pengarah Institut Genetik Univeristy College London, Francois Balloux dalam tweet pada Sabtu berkata bahawa varian AY.4.2 10% lebih mudah berjangkit berbanding varian Delta biasa AY.4.

Oleh itu, beliau berkata adalah amat penting dipantau perkembangan tersebut dipantau.

Laporan oleh Public Health England setakat 27 September mendapati bahawa sebanyak 6% ujian telah mengesan jangkitan varian AY.4.2.

Sementara itu, bekas pesuruhjaya Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA) berkata walaupun belum lagi serius, namun penyelidikan perlu dilakukan segera untuk mencari jalan bagi meningkatkan imuniti terhadap varian tersebut.

-BebasNews

Please follow and like us:

Leave a Reply