Oleh Fetty Rara

JOHOR melaporkan peningkatan penginapan hotel purata antara 70 hingga 80 peratus setelah rentas negeri dibenarkan pada 11 Oktober lepas.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi Facebook pada Rabu (20 Okt), Desaru Coast dekat Kota Tinggi turut mencatatkan keadaan positif 65 peratus.

“Ramai mengambil peluang untuk melancong ke Johor setelah Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob umum kebenaran merentas negeri di seluruh Malaysia.

Taman tema Legoland juga menyaksikan peningkatan pengunjung domestik, berbanding sebelum pandemik COVID-19 bermula.

— BebasNews
Please follow and like us:

Leave a Reply