Oleh Yusoff Ahmad Shariff

KE ARAH pemuliharaan ekologi lestari, Indonesia bertekad untuk melalukan pemuliharaan 600,000 hektar hutan bakau menjelang 2024.

Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) pada Selasa (19 Okt) berkata sasaran tiga tahun itu merupakan sebahagian daripada inisiatif yang membabitkan lebih 3.6 juta hektar di negara tersebut.

“Kami akan menetapkan sasaran untuk tempoh tiga tahun ke depan. Kami akan memulihara 600 ribu hektar (hutan bakau), ” katanya selepas acara menanam pokok bakau bersama duta besar beberapa negara dan penduduk Tana Tidung, Kalimantan Utara menurut laporan agensi berita Antara.

Menurut Jokowi pemuliharaan sedang berjalan bagi melindungi kawasan pantai daripada hakisan ombak, pencemaran air laut, dan memelihara spesies habitat termasuk burung, ikan, ketam, monyet serta flora dan fauna lainnya, yang hidup di persekitaran hutan paya bakau.

Beliau berkata kawasan hutan bakau seluas 180 ribu hektar di Kalimantan Utara juga akan kita kaji dengan lebih terperinci, dan dipulihara.

— BebasNews

Please follow and like us:

Leave a Reply