GAMBAR: Prof. Mortel, CC BY 2.0 , via Wikimedia Commons.

Oleh Zainal AS Rashid

MALAYSIA masih berunding dengan Arab Saudi dalam usaha mengatasi masalah diskriminasi vaksin bagi mereka ingin mengerjakan umrah.

“Kita masih berunding dengan Arab Saudi supaya tidak ada diskriminasi vaksin sebab kita dapati semua vaksin COVID-19 (yang digunakan Malaysia) adalah berkesan dan selamat,” kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Sebelum ini, kerajaan Arab Saudi dilaporkan menerima hanya empat jenis vaksin COVID-19, iaitu Pfizer-BioNTech, AstraZeneca, Johnson & Johnson dan Moderna bagi individu yang ingin melakukan umrah.

Pada Julai lepas negara itu mengumumkan kebenaran masuk bagi individu yang lengkap dos vaksin Sinopharm dan Sinovac dengan syarat telah mendapat dos penggalak diiktiraf Arab Saudi.

Juga, sebelum ini Khairy berkata individu yang ingin melakukan umrah tetapi berdepan dengan kekangan berhubung vaksin diterima oleh Arab Saudi boleh memohon kepada KKM bagi mendapatkan suntikan penggalak menerusi aplikasi MySejahtera bermula November.

Beliau berkata demikian semasa majlis penyerahan sumbangan korporat Keluarga Malaysia di Kementerian Kesihatan (KKM) di Kuala Lumpur pada Rabu (20 Okt).

-BebasNews

Please follow and like us:

Leave a Reply