Naib Canselor UiTM, Prof.Ts.Dr.Roziah Mohd.Janor (depan,tengah) sedang bersenamrobik bersama pelajar UiTM di DATC, Shah Alam.

SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara (UiTM) berazam untuk menghantar atlet ke Olimpik Los Angeles 2028 dalam acara esports.

Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof.Ts.Dr.Roziah Mohd.Janor berkata, untuk mencapai objektif tersebut pihaknya telah menubuhkan Hab Media Kreatif dan Teknologi (CMTHub) sebagai pusat memajukan sukan tersebut di UiTM.

“Fakulti Pendidikan juga turut terlibat dengan esports dan mereka mempunyai perancangan untuk melibatkan pelajar UiTM di Sukan Olimpik 2028.

“Saya bersemangat ada pihak yang merancang untuk mewujudkan atlet esports. Walaupun perjalanan masih jauh,”katanya selepas Program Santai Sukan Bersama Naib Canselor UiTM di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) hari ini.

Roziah berkata, UiTM semasa pandemik Covid-19 turut mengadakan kejohanan esports dalam Karnival Sukan Mahasiswa (KARiSMA) Virtual Edition yang berlangsung selama lapan hari awal tahun ini.

Jelasnya lagi, kejohanan anjuran Pusat Sukan UiTM tersebut melibatkan 14 kampus UiTM seluruh negara.

Mengulas mengenai sukan melibatkan kaum wanita di UiTM, beliau akan memajukan sukan bolasepak wanita di UiTM.

“Semasa sesi bersama Menteri Pengajian Tinggi saya ada menyatakan niat untuk menubuhkan skuad bolasepak wanita melibatkan kakitangan kita di UiTM Seremban yang bergiat dalam sukan ini.

“Bagaimana pun untuk Pusat Sukan UiTM Shah Alam saya tiada halangan untuk bolasepak wanita diwujudkan kerana kita ada kemudahan yang diperlukan,”katanya.- BebasNews

Please follow and like us:

Leave a Reply