Ai-Da (kanan) menunjukkan lukisannya kepada Aidan Meller.

MESIR – Pihak berkuasa Mesir telah membebaskan Ai-Da, sebuah robot berwajah manusia yang memiliki kepintaran buatan (AI) untuk melukis, melakar dan pengukir arca, selepas menahannya selama 10 hari atas alasan keselamatan.

Penahanan itu dilakukan menjelang pameran “Forever is Now” anjuran oleh Art D’Egypte, Kementerian Pelancongan dan Antikuiti, dan Kementerian Luar di tapak warisan UNESCO yang berusia 4,500. Pameran pertama seumpamanya yang akan berlangsung selama 7 November ini.

Ai-Da sepatutnya menunjukkan karyanya di Piramid Giza. Ini merupakan kali pertama aktiviti itu dibenarkan di lokasi berkenaan sejak beribu-ribu tahun lalu.

Robot berkenaan boleh mengubah apa yang dilihat melalui mata berkamera kepada seni lukis, lapor dailysabah.com.

Menurut laporan media, robot yang direka oleh Aidan Meller, ditahan oleh pengawal keselamatan di lapangan terbang kerana didakwa boleh melakukan kegiatan pengintipan.

Aidan berkata, “modem dan juga mata berkamera digunakan oleh robot berkenaan untuk tujuan pengenalan diri dan juga untuk melakar serta melukis.

“Saya hanya boleh menanggalkan modem tetapi bukan matanya,” tambah beliau lagi.

Penahanan robot tu sebelum ini telah menyebabkan berlakunya perbalahan diplomatik antara Mesir dengan United Kingdom.

“Ai-Da yang dinamakan sempena pakar matematik dan juga komputer berbangsa Inggeris iaitu Ada Lovelace, merupakan robot yang mampu menjadi artis, beliau bukannya perisik,” kata Meller yang memahami kebimbangan sesetengah pihak tentang kehadiran robot berkenaan.

Beliau menambah, Ai-da mempunyai matlamat untuk mengetengahkan dan juga mengingatkan masyarakat dunia tentang penyalahgunaan pembangunan teknologi dan penahanan ini adalah kerana robot itu merupakan satu kemajuan teknologi. – BebasNews

Please follow and like us:

Leave a Reply