Oleh Yusoff Ahmad Shariff

Ke arah membersihkan pantai Stulang laut daripada imej lokasi minum arak, pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bersama pihak polis akan menjalankan operasi untuk mengekang aktiviti itu.

Menurut Datuk Bandar MBJB Datuk Mohd Noorazam Osman aktiviti itu antara punca kawasan tersebut dicemari kekotoran dan menjejaskan keindahan persekitaran.

“Minum minuman keras di kawasan ini adalah satu kesalahan dan kita boleh membuat teguran atau menahan sekiranya enggan mendengar arahan pihak berkuasa.

“Kita harap selepas ini dapat buat operasi bersama pihak polis untuk memastikan kawasan Pantai Stulang Laut bukan tempat orang minum arak” katanya kepada media semasa perasmian Program Gotong-Royong Jom Indahkan Pantai Stulang Laut pada Sabtu (23 Okt).

Beliau berharap orang ramai dapat membantu dalam usaha menjaga kebersihan dan keselamatan di kawasan berkenaan, selain mencerminkan kebersihan masyarakat Johor.

— BebasNews

Please follow and like us:

Leave a Reply