Oleh Fetty Rara

ZOO Taiping & Night Safari pada Sabtu (23 Okt) memperkenalkan platform maya myzoo.taiping.com kepada umum.

Dengan penampilan platform itu Zoo Taiping & Night Safari mengunjurkan pertambahan pengunjung sekurang-kurangnya 10 hingga 20 peratus.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi myzoo.taiping.com akan menampilkan dimensi baharu pelancongan dan rekreasi bagi menarik lebih ramai pengunjung sejak dibuka semula Isnin lepas.

Beliau berkata platform 24 jam yang diusahakan bersama dengan Persatuan Eko-Pelancongan & Konservasi Malaysia (ECOMY)  itu menumpukan kepada empat fokus utama zoo tersebut, iaitu sebagai pusat rekreasi, pendidikan, penyelidikan dan konservasi hidupan liar.

Nolee Ashilin berkata demikian kepada media selepas melancarkan platform itu bersempena sambutan Hari Zoo Sedunia 2021 di Zoo Taiping & Night Safari.

-BebasNews

Please follow and like us:

Leave a Reply