KLEBANG – Mesyuarat UMNO Cawangan Klebang Kecil di Klebang hari ini kecoh selepas kemunculan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron dalam majlis itu.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.41 pagi ketika ahli-ahli UMNO cawangan itu mula hadir sebelum mesyuarat bermula di kediaman bekas ketua menteri Melaka itu.

Bagaimanapun, keadaan mula kecoh selepas ada antara Ahli Jawatankuasa UMNO yang mempersoalkan lokasi mesyuarat diadakan.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/prn-melaka-mesyuarat-cawangan-umno-klebang-kecil-kecoh-idris-muncul-beri-ucapan-327089

Please follow and like us:

Leave a Reply