JEDDAH – Umat Islam yang ingin melaksanakan ibadah umrah tidak lagi perlu menunggu selama 14 hari untuk membuat tempahan mereka, demikian menurut Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Ketua Pegawai Perancangan dan Strategi Kementerian berkenaan, Dr. Amr Al-Maddah, kapasiti Masjidil Haram untuk menampung bilangan pengunjung menunaikan umrah dan bersolat kini meningkat dengan ketara berikutan tindakan melonggarkan langkah-langkah pencegahan, lapor Arab News.

Pada 16 Oktober lalu, Kementerian Dalam Negara menarik balik sekatan terhadap operasi dan juga kapasiti yang dikenakan seluruh negara termasuk melibatkan Masjidil Haram di Mekah dan juga Masjid Nabawi di Madinah. – BebasNews

Please follow and like us:

Leave a Reply