MELAKA – Empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka akan tetap bertanding dalam pilihan raya kecil negeri (PRN) meskipun hasrat untuk menjadi calon PH dan parti-parti gabungannya ditolak.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan berkata:”Sebenarnya ada beberapa parti lain menghubungi kita, akan mengambil kita jika PH tidak mahu.

“Insya-ALLAH minggu depan akan buat keputusan, insya-ALLAH kami bersama-sama, tidak boleh seorang pun tertinggal,” kata beliau, lapor Sinar Harian.

Nor Azman mendakwa banyak tawaran diterima, ketika ini kesemua mereka sedang meneliti dan memperhalusi setiap tawaran sebelum membuat sebarang pengumuman.

“Jadi kami akan tengok di mana masa terdekat dan Insya-ALLAH kami akan berbincang hala tuju kami, macam mana tetap akan bertanding,” tambah beliau.- BebasNews

Please follow and like us:

Leave a Reply