GAMBAR: NSTP.

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata tarikh baharu pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) pindaan beberapa peruntukan Perlembagaan Malaysia selaras Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan ditetapkan oleh kabinet.

Menurut beliau dalam kenyataan pada Isnin (25 Okt) tiada kesepakatan dicapai berhubung cadangan pindaan beberapa artikel berkaitan Perlembagaan Persekutuan dalam perbincangan yang diadakan pada Ahad (24 Okt).

RUU itu sepatutnya dibentangkan di Dewan Rakyat pada Selasa (26 Okt) diikuti bacaan kali kedua pada 28 Okt ini.

Wan Junaidi berkata tarikh baharu bacaan pertama RUU itu akan ditetapkan selepas taklimat Peguam Negara tentang perkara tersebut semasa mesyuarat Kabinet pada Jumaat (29 Okt) ini.

“Walaupun Kabinet pada prinsipnya bersetuju dengan usul RUU itu, ada beberapa menteri meminta penjelasan lanjut mengenai pindaan tersebut. Itu sebabnya kenapa Kabinet memutuskan agar menetapkan tarikh baharu pembentangan RUU selepas taklimat daripada Peguam Negara,” katanya.

Wan Junaidi berkata keputusan tersebut ialah supaya RUU berkenaan disokong penuh oleh menteri-menteri.

— BebasNews

Please follow and like us:

Leave a Reply