BIMBANG… Tindakan Amerika Syarikat (AS) membatalkan lesen salah sebuah syarikat telekomunikasi terbesar di China atas alasan keselamatan negara dijangka boleh memburukkan lagi hubungan kedua-dua negara.

China Telekom yang beroperasi selama hampir 20 tahun di negara Uncle Sam itu, diberi tempoh selama 60 hari untuk menamatkan perkhidmatannya, lapor BBC.

Pihak pentadbiran AS mendakwa Kerajaan China melalui penguasaannya dalam China Telekom boleh mendapat akses, menyimpan, mengganggu dan/menjejaskan telekomunikasinya.

Tambahnya, ini memberikan keupayaan kepada China untuk terlibat dalam kegiatan perisikan dan juga lain-lain yang boleh menjejaskan kepentingan AS.

China Telecom dalam kenyataannya menyifatkan keputusan itu sebagai mengecewakan tetapi akan terus mencari peluang-peluang lain untuk terus berkhidmat kepada para pelanggannya.

Selain di AS, China Telecom juga beroperasi di 110 buah negara dengan menawarkan perkhidmatan internet jalur, rangkaian telefon bergerak dan talian tetap.- BebasNews

Please follow and like us:

Leave a Reply