Himpunan ini untuk membawa kebaikan rakyat dan bukan untuk memerangi sesiapa. Jika kaum Melayu bersatu padu, maka rakyat bukan Melayu juga akan hidup dalam keadaan aman dan sejahtera di samping keadaan politik yang stabil dan menjadikan ramai pelabur luar akan melabur.

BERIKUT adalah kenyataan dari Unit Komunikasi Media Pahang berhubung Himpunan Perpaduan Ummah Negeri Pahang di Kuantan semalam (26 April 2016).

KUANTAN – Himpunan Perpaduan Ummah Negeri Pahang anjuran Umno dan Pas tidak mempunyai agenda tersirat dalam mendiskriminasi kaum dan agama selain Melayu dan Islam.

Ianya ditegaskan oleh Timbalan Pre­siden Umno yang menja­lankan tugas-tugas Presiden, Da­tuk Seri Mohamad Hasan.

Himpunan berkenaan hanya bermatlamat untuk memperkukuh perpaduan umat dan memartabatkan agama Islam di negara ini ibarat modul dalam menjadikan rakyat khususnya kaum Melayu dan Islam agar bersatu semula demi kestabilan politik di negara ini.

Namun kaum selain Melayu dan mereka yang tidak beragama Islam jangan takut jangan gundah gulana kerana agenda ini hanya membawa kebaikan rakyat dan bukan untuk memerangi sesiapa.

Jika kaum Melayu bersatu padu, maka rakyat bukan Melayu juga akan hidup dalam keadaan aman dan sejahtera di samping keadaan politik yang stabil menjadikan ramai pelabur luar akan melabur di Malaysia.

Himpunan Perpaduan Ummah Negeri Pahang di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 1 semalam (26 April 2019) mendapat sambutan hangat dihadiri kira-kira 15‚000 penduduk.

Hadir sama, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar serta barisan kempimpinan tertinggi Umno dan Pas.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2233736606717836&set=pcb.2233736636717833&type=3&theater

— BebasNews.my

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here