Gugurkan rujukan agama daripada kad pengenalan: Cadangan Senator DAP diselar

0
372

 

Inilah sikap tidak bertanggungjawab seorang senator yang kurang peka akan hak perlembagaan yang sudah termaktub sekian lama. Hock Cheh seorang peguam, maka cadangan pengguguran agama di dalam kad pengenalan jelas dilihat adalah berniat jahat.

IPOH: Tindakan seorang senator DAP yang mencadangkan supaya perkataan agama digugurkan daripada kad pengenalan di Dewan Negara, diselar.

Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, berkata cadangan Nga Hock Cheh itu tidak bertanggungjawab dan tidak peka terhadap hak dan Perlembagaan yang sudah termaktub dalam negara sejak sekian lama.

“Inilah sikap tidak bertanggungjawab seorang senator yang kurang peka akan hak perlembagaan yang sudah termaktub sekian lama dan tidak boleh menjadikan alasan bahawa beliau bukannya dari latar belakang ahli politik dan menganggap kata-katanya telah disalah tafsir.

“Hock Cheh adalah seorang peguam, maka cadangan pengguguran agama di dalam kad pengenalan jelas dilihat adalah berniat jahat,” katanya dalam kenyataan hari ini (27 April 2019).

Farhash Wafa Salvador berkata, tindakan Hock Cheh untuk mencadangkan pembukaan sebuah kedutaan di Israel juga jelas memperlihat karektor beliau sebagai seseorang yang kurang ilmu terhadap dasar pentadbiran negara.

“Isunya bukan saja pada pendirian kerajaan mengutuk kezaliman Israel, malah Malaysia tidak pernah mengiktiraf pembentukan negara Israel.

“Oleh sebab itu kita tidak ada hubungan diplomatik dengan mereka, jadi adalah lemah dari segi pemikiran beliau untuk mencadangkan sedemikian.

“Saya nasihatkan parti DAP untuk menegur dan mendidik senator mereka ini demi kesejahteraan dan perpaduan kaum di negara kita,” katanya.

Beliau berkata, senator mungkin perlu belajar bagaimana untuk memperhalusi kata-kata mereka, namun yang lebih penting adalah menunjukkan kesungguhan mereka dalam menjamin kedaulatan negara.

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2019/04/557778/cadangan-senator-dap-tidak-peka-perlembagaan

— Berita Harian

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here