Tan Sri Fuzi Harun dan Datuk Seri Abdul Hamid Bador

 

Saya sendiri mempunyai wawasan bagi masa depan PDRM. Dan wawasan ini terbentuk bukan dalam masa sehari, seminggu, sebulan atau setahun, tetapi ilhamnya datang menerusi pengalaman hidup membesar dalam persekitaran berek polis dan juga persekitaran kerja.

BERIKUT adalah kenyataan media Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador mengenai Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), yang telah diedarkan kepada media hari ini (4 Mei 2019).

Saya menyokong hasrat kerajaan untuk meningkat imej, kebajikan dan keberkesanan PDRM. Sebagai IGP, saya ambil tanggungjawab untuk pastikan PDRM akan dapat hasil yang terbaik dari semua sudut sementara orang ramai pula akan rasa terbela dan pasti mendapat khidmat terbaik dari penubuhan IPCMC.

Saya sudah dapatkan persetujuan YB Menteri Dalam Negeri untuk PDRM diberi peluang mendapatkan penjelasan dan keputusan terbaik. Tindakan YB Menteri Dalam Negeri mengaturkan pertemuan PDRM dan persatuan-persatuan polis dengan Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) pada 10 Mei ini adalah sesuatu yang terbaik ke arah merungkai isu-isu yang menjadi kebimbangan PDRM dan persatuan.

Selaku IGP, tidak sampai 48 jam, saya belum berkesempatan mengadakan pertemuan dengan pihak berkepentingan.

Saya sendiri mempunyai wawasan bagi masa depan PDRM. Dan wawasan ini terbentuk bukan dalam masa sehari, seminggu, sebulan atau setahun, tetapi ilhamnya datang menerusi pengalaman hidup membesar dalam persekitaran berek polis dan juga persekitaran kerja pada pelbagai peringkat, sebagai pegawai kanan polis sejak berpuluh-puluh tahun.

Insya-Allah saya mempunyai kelayakan untuk membentangkan pelan dan idea-idea bagi menjaga martabat dan keluhuran PDRM.

Khidmat nasihat dan pandangan-pandangan bernas bekas orang-orang besar PDRM pasti akan saya dapatkan sebelum membuat sesuatu keputusan.

Saya sentiasa akan membela kebajikan warga PDRM, di samping kepentingan orang ramai dan tidak akan sekali-kali mengkhianati amanat jawatan ini.

— BebasNews.my

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here