Puak cuba menjatuhkan Mahathir sekadar ‘tahi kucing’ dan ‘tin kosong’ -Khairuddin

1
173

Penyokong setia Tun Mahathir Mohamad, Khairuddin Abu Hassan menggelar puak kecewa yang cuba menjatuhkan beliau sebagai ‘pot tin’ kosong dan puak’ tahi kucing.’

“Saya dapat menghidu tindakan puak-puak yang kecewa tidak dapat jawatan dan cuba menjatuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad .

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kritikan oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kedah, Johari Abdul terhadap Mahathir yang dikatakan seolah-olah tidak berdaya  dan sekadar ‘menghilangkan diri’ ke luar negara selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya umum ke-14 pada Mei lalu.

Semalam, Johari berkata punca kerajaan PH seolah-olah mengulangi kesilapan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan kononnya mengecewakan rakyat kerana mereka gagal memahami konsep Malaysia Baharu.

Justeru, berdasarkan tanggapan itu beliau menggesa Mahathir supaya jangan lagi melabelkan Najib sebagai ‘pencuri’ memandangkan bekas Perdana Menteri itu sedang dalam proses kehakiman.

Menyentuh tentang pemergian Mahathir ke luar negeri sejurus selepas PRU 14, Khairuddin berkata beliau berbuat demikian bukan untuk bercuti, sebaliknya untuk mendapatkan keyakinan dunia setelah imej negara tercemar berikutan tindakan Najib Razak.

Berikutan teguran oleh Johari itu, Khairuddin dalam satu kenyataan menggesa Johari supaya tidak ‘lebih-lebih,’

Beliau berkata mereka yang tidak boleh terima usaha gigih Mahathir supaya jangan bersikap kurang ajar dan keterlaluan.

Bagi beliau, usaha Tun Mahathir yang bertungkus-lumus siang malam untuk membetulkan segala kesilapan angkara pentadbiran terdahulu perlu disokong oleh semua.

Katanya, usaha untuk memperbaiki negara bukan hanya tanggungjawab Tun Mahathir seorang, malahan juga tanggungjawab semua pihak.

Dalam menolak tanggapan bahawa Tun Mahathir bertindak sendirian, Khairuddin berkata Perdana Menteri sebenarnya berpandukan kepada keputusan musyawarah bersama semua menteri.

 

-BebasNews
Please follow and like us:

1 COMMENT

  1. ph menang pun kerana mahadir. bukan anwar. kalau kerana anwar dah lama dulu menang. ketika janji malam ini menang esok minyak turun. tapi tak laku pun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here