Vokalis Melissa meninggal dunia semasa konsert

0
1350
Oleh KHADIJAH IBRAHIM

 

ALLAHYARHAM Ustaz Radzi, 52, vokalis kumpulan Melissa hanya sempat berada di atas pentas untuk seketika sahaja sebelum rebah sewaktu menjayakan program Hiburan Santai Seniman anjuran Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Panggung Anniversari, kira-kira pukul 11.15 malam tadi.

Ustaz Radzi atau nama sebenarnya Mohd Radzi Abdul Hamid, dan anggota Melissa merupakan artis terakhir untuk persembahan malam itu yang dimulai oleh Rocye Sayaan, Wom UG14 dan Keena Mentor.

Menurut pengacara program tersebut, DJ Kzie Ahmad dalam dalam sosial Facebooknya, Allahyarham hanya sempat berada di atas pentas untuk seketika sahaja.

“Baru beberapa saat jangkaan paling lama satu minit saya nampak macam duduk tapi diangkat oleh anak-anak dan salah seorang kru pentas terus ke

belakang pentas.

 

“Saya terus berlari ke belakang pentas dan ustaz dibawa ke dalam surau. Dan diberi rawatan kecemasan. Kira-kira lebih kurang pukul 10 malam lebih sementara menunggu paramedik dan ambulans tiba. Jam 11.30 malam, saya dibeirtahu ustaz telah tiada, jangka antara jam 11.10 atau 11.15 malam,” kongsinya.

Dalam perkongsian itu DJ Kzie turut bercerita yang Ustaz Radzi ada memberitahu yang beliau sebenarnya tak larat untuk berdiri lama dan kalau boleh disediakan kerusi sewaktu
persembahan nanti.

Tambah DJ Kzie lagi, biarpun Ustaz Radzi memberitahu tidak boleh berdiri lama namun penyanyi itu sempat menjadi imam solat maghrib kepada mereka.

“Ketika azan maghrib berkumandang ustaz mengajak kami berjemaah. Saya, anak saya (Gmie), Zack Kool, Ahju, ahli jawatankuasa Seniman berserta tiga orang anak ustaz, kami solat maghrib berjemaah.

“Solat maghrib diimamkan oleh arwah Ustaz Radzi, memang niat saya nak bersolat bersama dan berimamkan arwah ustaz. Selesai maghrib kemudian ustaz meneruskan solat jamak bersama anak-anaknya. Kami menunggu doa dibacakan ustaz kerana doa orang musafir dimakbul Allah,” ceritanya.

Sebelum persembahan arwah ada memberitahu DJ Kzie yang beliau terkilan kerana salah seorang anggota Melissa iaitu Keff tidak dapat turut serta pada program tersebut.

Sementara itu, menurut laman sosial Babah Lan Lex Luu, jenazah ustaz Radzi akan disemadikan di Jitra, Kedah.

Selain lagu Cinta Untuk Nabila, Melissa turut popular dengan lagu Lambaian Sayonara, Wajahmu Di Mataku, Memikat Cahaya dan banyak lagi pada era 1990-an.

-BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here