Kehadiran Momota meriahkan SS Purple League

0
112
Gambar atas: Kento Momota 

 

Oleh Amran Mulup

 

KUALA LUMPUR – Bintang badminton tersohor Jepun, Kento Momota bakal menceriakan saingan SS Purple League apabila bakal beraksi bersama pasukan Ampang Jaya BC, Isnin ini di Gem In Mall, Cyberjaya.

Pemain nombor satu dunia itu dijangka tiba ke Malaysia esok dan akan beraksi dalam dua perlawanan dalam saingan SS Purple League.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Pengurus Pasukan Ampang Jaya BC, Ho Khek Mong hari ini sambil memberitahu kehadiran bintang dari Jepun itu akan menguatkan cabaran pasukan tersebut memburu kejuaraan.

Mengikut jadual perlawanan kata Khek Mong, Momota akan diturunkan sebagai pemain perseorangan utama apabila Ampang Jaya BC menentang Kepong BC, Isnin ini.

“Dalam aksi kedua pula Momota akan diturunkan menentang Puchong United BC pada 26 Disember.

“Kita mengharapkan sentuhan Momota menjadi pemangkin semangat kepada pemain lain untuk kita mencapai kemenangan,” ujarnya.

SS Purple League mengekalkan format round robin dan aksi playoff bagi peringkat pertama yang bermula semalam hingga 6
Januari ini.

Manakala pusingan kedua akan berlangsung bermula 11-13 Januari di venue sama sementara pusingan akhir akan berlangsung di Resorts World Genting pada 24-27 Januari ini.

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here