DAA4 : Peluang terbaik Malaysia bergelar juara

0
396
ZAM RYZAM

Oleh FAUZAN UDA AHMAD

SETELAH empat kali berlangsung (bermula 2015), kini merupakan peluang terbaik bagi Malaysia untuk berada dalam kedudukan terunggul dalam pertandingan mencari bakat Dangdut Academy Asia (DAA) terbitan stesen penyiaran Indosiar, Indonesia.

Ini kerana dua bintang Malaysia, Tyka Zatyka dan Zam Ryzam berjaya melangkah ke Top 4.

Salah seorang sudah pasti terpilih sebagai Juara 3 dalam pertandingan yang akan berlangsung hari ini (24 Dis.) dan esok (25 Dis.).

Malah bukan mustahil salah seorang mampu melangkah lebih jauh menjadi Juara 2 atau Juara 1 dalam pertandingan akhir yang bakal berlangsung pada Jumaat (28 Dis.) dan Sabtu (29 Dis.) ini di Jakarta.

Tahun ini merupakan kejayaan terbaik Malaysia dalam pertandingan DAA. Sebelum ini Shiha Zikir pernah menduduki Juara 3 dalam DAA1 pada 2015.

Dalam DAA3 tahun lalu, Malaysia hampir mendapat tangga lebih baik. Malangnya Azizul Haqim melakukan kesilapan di pentas dan hanya mampu berada di tempat kelima.

Tyka Zatyka sebelum ini kurang diberikan harapan untuk melangkah jauh. Bagaimanapun ‘kuda hitam’ ini berjaya menumpaskan satu demi satu rakan senegara seperti Adli Shazwi, Sarah Fazny, Wanie Kayrie dan Fauziah Gambus.

Sementara itu, Zam Ryzam memang diyakini mampu melangkah jauh berdasarkan kemampuannya menguasai dangdut dan persembahannya sentiasa konsisten sejak babak awal (36 peserta).

Dalam persembahan Top 4 malam tadi (23 Dis.), dia mendapat tempat kedua selepas Rara dengan perbezaan dua markah.

Zam Ryzam mendapat ‘standing ovation’ kesemua 7 komentator bagi lagu ‘Qaish dan Laila’ sama seperti pada malam sebelumnya (22 Dis.) ketika menyampaikan lagu ‘Danau Raja’ berduet dengan Azizul Haqim.

Zam Ryzam menjadi pencabar terbesar bagi dua bintang remaja Indonesia, Selfi (Selfiyani) dan Rara (Tiara Ramadhani) untuk merangkul Juara 1 DAA4.

Malah dalam kalangan komentator dan juri dari Indonesia yakin Zam Ryzam mampu memberi saingan sengit.

– BEBASNEWS

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here