[VIDEO] Hampir setiap hari berbuka percuma di Bank Islam – SWADD

0
644

 

Menzahirkan keprihatinan terhadap warga kerja sekitar bandar raya Kuala Lumpur yang tidak sempat pulang ke rumah untuk berbuka puasa akibat kesesakan lalu lintas atau kerana urusan kerja.

KUALA LUMPUR – Bank Islam Malaysia Berhad melalui surau wakafnya, Surau Wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy (SWADD) meneruskan tradisi tahunannya buat kali kelima  dengan menyediakan juadah berbuka puasa secara percuma pada setiap hari bekerja.

Penyediaan juadah di pekarangan Menara Islam, di sini merupakan sebahagian daripada aktiviti Ramadan Fest @ SWADD 1440H.

“Kami menjadi tuan rumah kepada 500 orang setiap malam. Bilangan meningkat setiap tahun, Alhamdullilah,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamad.

Bank Islam dalam kenyataannya menjelaskan, Majlis Berbuka Puasa & Moreh ini bertujuan  mengimarahkan SWADD pada bulan Ramadan selain menzahirkan keprihatinan terhadap warga kerja sekitar bandar raya Kuala Lumpur yang tidak sempat pulang ke rumah untuk berbuka puasa akibat kesesakan lalu lintas atau kerana urusan kerja.

Katanya, peruntukan untuk menganjurkan program ini diperoleh daripada kutipan sumbangan jemaah SWADD dan juga Bank Islam.

Pelbagai program turut dijalankan pada majlis berbuka puasa ini termasuk tazkirah Ramadan dan solat tarawih.

Sementara itu,  esok Bank Islam di bawah program tanggungjawab sosial korporat  dikenali sebagai AMAL Bank Islam, juga menyumbang satu set pakaian dan kelengkapan raya bernilai RM150 seorang kepada 30 pelajar asnaf Yayasan Chow Kit Kuala Lumpur (“YCKKL”).

YCKKL merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang bertanggungjawab mengurus golongan kanak-kanak asnaf terbiar di Chow Kit.

Majlis penyerahan tersebut akan disempurnakan oleh Ustaz Mohd Nazri Chik, Ketua Pegawai Syariah, Bank Islam yang juga selaku Pengerusi Ahli Jawatankuasa SWADD.

— Bebasnews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here