Berlaku cubaan memecahkan mesin ATM BSN di Wisma Unikeb, UKM Bangi, Selangor oleh dua lelaki yang tidak dikenali dipercayai menggunakan bahan letupan.

BERIKUT adalah kenyataan media oleh Ketua Polis Daerah Kajang pada hari ini (9 Mei 2019) berhubung “KEJADIAN CUBAAN PECAHKAN MESIN ATM DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN LETUPAN” :

Pada 09/05/2019 @ 2007 hrs, Pusat Kawalan Daerah Kajang telah terima panggilan daripada seorang lelaki yang bertugas sebagai Polis Bantuan BSN Unikeb UKM memaklumkan terdapat cubaan memecahkan mesin ATM BSN di Wisma Unikeb, UKM Bangi oleh dua lelaki yang tidak dikenali dipercayai menggunakan bahan letupan.

Di dalam kejadian ini, suspek tidak berjaya melarikan wang dari mesin ATM tersebut. Mesin ATM dan ruangan yang menempatkan mesin turut mengalami kerosakan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes iaitu Insp Salena Binti Mhd Sallehudin di talian 0176424007.

— BebasNews.my

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here